Butik Kia Klemenz persembah seni kraf unik dari seluruh Malaysia
Butik Kia Klemenz Gifts & Souvenirs yang mula ditubuhkan pada April 1994 merupakan sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan kraftangan unik dari seluruh negara untuk pengunjung dari dalam dan luar negara.
Pemilik Kia Klemenz Gifts & Souvenirs, Rokiah Mohamad Yusuf Khan menyatakan bahawa butik tersebut adalah hasil cintanya terhadap seni kraf.
Bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, butik itu dibuka setiap hari bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.